Tuesday, March 29, 2011

Teringin Sangat-sangat

Haiiiii....... minggu lepas tiba-tiba je rasa teringin sangat nak makan puding roti,
puas cari resepi, tanya kawan-kawan ramai yang tak reti.. 
ader yang reti tapi main campak je bahan dia.. cm mana nie nak makan yang buat sendiri
kalau beli tak sedap la.. macam tak cukup rasa je
dah cari jugak kt Pakcik google tpi still jugak tak jumpa..
tapi akhirnya tnya Puan Diah, agaknya mesti dia tahu sebab bab masak dia memang handal


nie hasilnya sila layan jangan terliur tau ^_^

okey resepinya:

Bahan-Bahan Puding

12 Keping Roti (nak lebih pun bleh)
60gm Mentega
160gm Kismis (lg byk lg sedap)
500ml Susu Segar
8biji telur
 1 Sudu besar Gula
2 Sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara

Sapu mentega pada permukaan loyang supaya roti tidak lekat pada loyang,
potong roti ikut kesukaan kita, nk carik-carik pun bleh, nk lawa pun bleh, lepas tu
atur roti elok-elok dalam loyang berselang dengan kismis, 
pukul telur + mentega + susu segar + esen vanilla + gula pukul sampai kembang,
bila dah kembang  tuang dalam loyang yang berisi roti tadi. lepas tu tabur kismis atas roti.
lepas tu boleh la kukus atau bakar... ayu suka kukus


Masih panas baru lepas kukus..


Makan dengan kuah lagi sedap..

Akhirnya sangat-sangat puas hari dapat makan, sedapppp 
skang teringin nak buat home mate coklat plak



Sunday, March 27, 2011

Pelangi

Dulu masa kecik-kecik selalu tanya dari mana datangnya pelangi??? Kalau hujan je mesti ingat pelangi akan muncul selepas hujan berhenti, Sebabnya suka sangat tengok pelangi tu cantik sangat-sangat....
Lepas tu mula la dok tertanya-tanya macam la pelangi nie terjadi, ader 7 warna pulak tu warna warni... kenapa 7 warna ek???

Pelangi nie ader 7 warna yang terhasil dari pembiasan cahaya selepas hujan renyai-renyai di siang hari, (so malam tak ada pelangi tau) 
Warna-warna pelangi pula terdiri dari Merah, Kuning, Jingga,Hijau, Biru, Indigo & Ungu.....


Betul ke orang tua-tua cakap kan pelangi tak boleh tunjuk dengan jari????
sy pun tak tahu lah kenapa, so bila nampak pelangi tak la tunjuk dengan jari.

layan pic, take by me :)


Depan TUDM Kauntan





Highway Otw ke Bukit Rangin

Ohhh Pelangi sangat cantik dan indah ciptaanNya..... 



Tuesday, March 15, 2011

Sofea Jane


Suka pulop dengar lagu nie.. sebelum nie tak minat pun black..
kita layannnnn..... ^__^

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia


Bukak je Facebook ramai yang post Selamat Hari Wanita,
rupanya 8 March adalah hari wanita.
Selamat Hari Wanita kepada semua-semua wanita di dunia. 


mms free from Maxis

Wednesday, March 2, 2011

Tiz Zaqyah Menyanyi?????


Ya Tiz Zaqyah menyanyi untuk OST Filem Nur Kasih
akan di tanyangkan pada 19 mei 2011.. wahh sungguh tidak sabar rasanya nak tau kesudahan cerita Nur Kasih yang menjadi kegilaan penonton..

Mari kita layan OST Filem Nur Kasih
yang dinyanyikan oleh Tiz Zaqyah & Yasin


Ermmm ayu rasa okey la dia nyanyikan..tak salah kalau mencuba,
tapi batter dia berlakon dari menyanyi heheeh
agak-agaknya macam mana lah ending cerita nie yep...
tapi dari klip video nie pun dh dapat agak rasanya lalalalala



errr tak sabar nak tengak Movie nie la... lambat lg bulan mei...


P/S: Korang rasa cm mana okey ker Tiz nyanyi??? 


Tuesday, March 1, 2011

Drama Trilogi Cinta Best!!!!

Haiiii....

Siapa yang tak pernah tengok Drama Trilogi Cinta sila angkat tangan sekarang? Kalau anda tak pernah tengok, maknanya anda terlepas satu drama yang hebat gila. Ini bukan propaganda tapi ini kenyataan. Drama yang diadaptasi daripada novel ini sememangnya superb. Lakonan Fauziah Gaus, Rosyam Noor dan Amyza Aznan memang mantap-mantap gila. Respek!!!

Ramai gile la yang menonton drama nie, sebab drama nie dr sebuah novel hasil tulisan Sharifah Abu Salem..dari 3 novel jadi la Drama Trilogi Cinta......

Moh la ramai-ramai tgk drama nie mmg gempak la.. saper yang pernah baca novel cerita nie dia tau jalan ceritanya..Drama Trilogi Cinta TV1 setiap Ahad, Isnin dan Selasa Pukul 10mlm







Dah tengak sila komen best ke tak drama nie.... ^__^