Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak

 
Maharaja Lawak final...

Tahniah kepada kumpulan Sepah , Jadi juara Maharaja Lawak

mesti ramai yang tak sangka-sangka kan Sepah bleh menang...

Sy dah agak dah Sepah boleh menang sebab Sepah dah konsisten dr awal lagi

sy suka..suka... sepah buat lawak Manisnya Kurma hahaha

Yang bestnya tiba-tiba ader Dafi datang hahaha... suka persembahan sepah.. best..best..

rezeki anak sarah mak sy ckp... 


Tahniah Sepah.. awesome (^__^) 


Jozan no 2... best jugak tapi final biasa-biasa jer... mayb dh xder idea kan... 


No 3: Nabil..sy suka nabil nyanyi sempoiii gile, dapat hadiah rm150K



No 4 : Tak minat Jambu

Tahniah semuanya... hadiah dia berbaloiii...baloiii.... puas hati kan walau dapat no4, 

Paling best Nabil la duit makan sorang-sorang je, yang lain smua kena kongsi heheheh
.
.
.
.
..
.
.
.
.

Rupanya ML nie bleh tgk jugak kt Astro B-yond HD channel 188, (tak langgan Warna pun ) 

tak tau pun.. dah separuh masa baru tahu...rugi betol.. nasib byk ulangan..so layan sampai puas kan..kan...






Thursday, June 23, 2011

Jangan Pernah Berubah

Salam semua..

Ari nie nak kongsi lagu best..

Mulanya tahu lagu nie dr mybff la, kamu pergi karok dia nyanyi lagu nie..

Pergi karoknya dah lama..Tapi tadi tiba-tiba je nak call dia tnya tajuk lagu nie

Ermm malangnya Izza pun tak ingat dah..yelah lg pun dah lama...

Jeng..jeng..henpon bunyikk tgk2 nama Izza...

Angkat je terus dia nyanyi lagu nie hahaha... tapi dia tak ingat tajuknya

Adoiii lama gile minah nie fikir apakah tajuknya... sy call dia pukul 12pm..

Izza call smula pukul 4pm... Lama kan...kesian tul minah tu

mehh kita layan... best tapi agak jiwang sikit heheheh


Lirik Lagu ST 12 – Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan
Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan
[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff:[*] , [**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya


Sahabat Sejati

Haiii semua...

Sahabat sejati susah kan nak cari... sy tak tahu mana sahabat mana kawan & mana musuh.....

Errrrr.... Kenapa saya mudah percaya pada kawan....

Kawan yg adalah lawan sebenarnya... pls la kau nyah dr hidup aku boleh tak..tak suka..tak suka...

Orang cakap SAHABAT YANG BAIK IBARAT MENTARI YANG MENYINAR.

Meh kita baca Petua & Nasihat dalam Persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).
Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.
“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”


My Bff..walau org nampak kami macam anjing ngan kucing..tapi kami tetap bahagia kan..kan


Wednesday, June 22, 2011

Wayang Pacak

Assalamualaikum....

Semalam ader wayang pacak kt padang dekat dengan rumah.
tak pernah tau pun macam mana wayang pacak tu..
dia pasang cerita aper???

kazen ader datang umah, saja ajak dia jomm kita tgk wayang,
dia ngan muka blurr tanya nak tgk kt mana.. sy ckp ikut je jangan byk tanya boleh tak.
kami sampai je kt padang ader org buat ucapan.. orang-orang besar kot..
tak lama lepas tu dia tayang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Syok jugak tgk ramai-ramai tengah padang... tak pernah buat cm tu..
cerita dah la kelakar kan, kecoh dgr budak-budak ketawa...
best..best..rugi tak tgk hehehe
jom tgk gambo tpi ader skit je..gelap la tak nampak

Friday, June 10, 2011

Jalan-jalan

Assalamualaikum......

Esok sy akan ke KL ader kenduri kawen kazen,

Rasa cam dah lama gile tak jejak kolumpor...

Kami konvoi 3 biji kereta dari Kuantan,

Kendurinya Ahad, kami awal kesana sebab nak g sopimmm....

Bestnya tak sabar tau..

Doakan kami semua selamat sampai dan selamat pulang yerrrr

Sebenarnya tekak nie rasa nak makan Tutti Frutti,

Now dah bukak dekat Kuantan, tak payah lagi nak ke KL kalau nak makan Tutti Frutti,

Bestnya... Mari warga Kuantan kita mkn Tutti frutti, Makanan kesihatan tau



Best kan... ^_^



Thursday, June 9, 2011

Bff Kawen

Haiii semua, ari nie saja nak kongsi gambar-ganbar kawen Bff sy,
Kawin dah dia, cm tak caya je.. yelah sebelum nie dok xdr pakwe je, tiba-tiba nak kawin terkejut wehhh...

Tak pelah dah sampai jodoh dia kan, 

Semoga kekal hingga ke anak cucu, 

Meh kita layan gambo, xder odia la nk menulis tapi nak update belog, boleh ke cm tu ehehhehehehe


Otw ke Surau sebelum bergelar Puan


Dalam surau sempat lagi kan... yelah kami hanya bantu pengantin hilangkan debar,


Sampai sudah dia hari persandingan... Wow merah + Hitam.. menarik kan
sangat cantik bila bergambar, pelamin pulak dok kt khemah, jadi semua org dapat tgk pengantin bersanding.
Seronok sebab pengantin sporting, mcm2 kena usik just senyum hehehehe


Gambar kenangan bersama.. seronok walaupun penat, wahh mcm kenduri aku pulop....
berapa hari berkampung kt umah pengantin nie, 
nama pun kawan nak kawen kan kena la tolong, time aku jgn ko mengandung sudah, 
kang xdapat nk tolong ehehhehe

walau aper pun Selamat Pengantin Baru Angah dan Epul,
Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat

ps: Next wedding meksu pulop...(aku bila)





Tuesday, June 7, 2011

Nak hadiah takkk... meh sini nak bg free je.........

Assalamualaikum....

Saya tahu mesti korang nak hadiah kan,....kan...
Nak tau tak hadiah dia aper..jeng...jeng....
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Hadiah dia IPAD 2
Moh Kita sama rebut IPAD nie cara dia senang je


Jom kita Hebohkan teamsalkom
Mudahkan..jom..jom..jom Heboh..Heboh...

Teamsalkom sayan nak IPAD 2... ~_^



Wednesday, June 1, 2011

"Kalau saya dah xde, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!"

Cerita nie sy baca dr blog seseorang nie... rasa nak share plak, cerita nie ader pengajaran pada kita, 
so sila baca okey.....


Nama aku Amir.. Aku ada sorang awek.. Sorang??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kluar same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima.. 
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah..

Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!"ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau!Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....