Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya




















Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin,

Ampun Maaf di Pinta Jika ada


Terkasar Bahasa, Tersilap Bicara, Termarah yang tak kena, Tertanya yang tak tentu hala, 

Tersasul yang tak sengaja.

Terpukul kat mana-mana, Terpekik ditelinga, Terhantuk dikepala, Terpinjam harta benda, 

Termoody tak semena-mena, Termacam-macam lagi lah yang tak kena yerr...

Semoga Dimaafkan jangan simpan dalam hati tak baik tau...
.
.
.
.
.
.

Malam nie macam-macam kena buat nie... banyak keja nak kena sattle,.. esok rayaaaa......

1st time raya kt rumah sediri..biasa balik kampung... tahun nie raya rumah sendiri pulak...

macam mana la kan seronok ker???


Kawan-kawan jemput la datang beraya kat rumah saya jerrr.....




















Pic raya tahun lepas ader arwah Toki.. Tahun nie dah tak ada lagi :(




























Saturday, August 13, 2011

Sebelum Ramadan

Sebelum ramadan last jalan-jalan ngan kengkawan.... sebenarnya dah lama tak lepak-lepak sama nie, semuanya bz ngan hal masing masing kan... memandang kan bufday ai, cik Norma dah janji nak munjer makan-makan sebelum puasa.... 

Kami cuma bertiga, cik Norma, Puan Diah.. en suamy Diah mulanya nak ikut.. tah macam mana tak jadi agaknya segan la ngan kaum-kaum wanita kan... kalau dah bergosip tak ingat dunia biasa la lama tak jumpa kan...

Ciknorma munjer kami makan kt Johnny's ECM.. amik kau nak macam-macam kami oder hahaha.... dah kenyang-kenyang gosip-gosip.. time to shoppim pulak....

Penat berjalan tawaf ECM tgk2 baju raya... tiba-tiba dahaga kan..kitaorg lepak kat Tutti Frutti pulak... lega tekak tgh2 panas kan...

Udah-udah la membebel tu... meh layan gambar yang tak seberapa nie






With Cik Norma

































Habis Sudahhh!!!!


Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadan yang lunyaiii


Kenapalah lunyai sangai ari nie
tangan rasa dan badan rasa sengal-sengal je..
meta rasa nak pejam

petanda apakah ini...
org cakap mungkin akan demam
ala xnak lah.... bulan puasa nie klu demam mmg mencabar

Nie semua mingkin sebab semalam terlalu stress
Yelah org lain yg buat salah kita yg kena tekan
taksuka..taksuka..taksuka....

harap-harap tak demam kan..kan... 
doakan la sy sihat ^__^



Manual Ramadan untuk Muslim

Manual Ramadan untuk Muslin

Do's

  • Hadirkan niat ikhlas kerana Allah
  • Melambatkan bersahur
  • Membanyakkan berzikir dan istigfar
  • menyegerakan solat dan lakukan secara jemaah.
  • Kurangkan bercakap atau banyak diam
  • Berakhlak mulia
  • Tadarus al-Quran dan tadabbur maknanya.
  • Itqan dan tekun bekerja/belajar
  • Rajin bersedekah
  • Setiap keja adalah ibadah
  • Niat memberi/menyediakan makanan berbuka bagi org yang berpuasa terutama kpd org miskin dan susah
  • Bersederhana menyediakan dan membeli juadah berbuka puasa
  • Menyegerakan berbuka
  • Berbuka dengan kurma dan air terlebih dahulu.
  • Solat Tarawih dan Witir
  • Menjaga pandangan dan pendengaran.
  • Tidur awal dan berniat untuk bangun awal.
  • Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan, dengan pelbagai agenda ibadah.
  • Menghadiri majlis ilmu/membaca buku ilmiah
  • Manfaatkan waktu haid dan nifas (bagi wanita)
  • Rancang perbelanjaan semperna hari raya.

Don's
  • Berpuasa dengan rasa terpaksa.
  • Meninggalkan bersahur.
  • Banyak berbual-bual kosong dan berdusta
  • Melengah-lengahkan solat sehingga ada kalanya meninggalkan solat.
  • Mengeluarkan kata-kata yang mempunyai unsir-unsur fitnah dan umpatan.
  • Kurang bersabar/mudah marah.
  • Malas membaca al-quran.
  • Malas membuat/menambah amalan sunat.
  • Kedekut dan tidak dermawan.
  • Banyak tidur sepanjang siang.
  • Tidak usaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sehingga memutuskan silaturahim.
  • Berlebihan dalam menyediakan juadah berbuka sehingga membazir.
  • Melambatkan-lambatkan berbuka
  • Makan banyak ketika berbuka sehingga malas beribadah.
  • Menonton televisyen atau melakukan aktiviti malam yang tidak berfaedah dan melalaikan sehingga tidur lewat.
  • Langsung tidak menjaga pandangan dan sering memandang yang bukan mahram.
  • Menghabiskan malam dengan pekara yang melalaikan sehingga tidur lewat.
  • Sibuk membuat persiapan menyambut syawal sehingga kurang beriktikaf dan solat malam.
  • Banyak berhibur.
  • Meninggalkan amal ibadah lain walaupun tidak diwajibkan solat dan berpuasa (bagi wanita)
  • Boros membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Renung-runungkan lah dan selamat beramal

*petikan dari Solusi edisi khas

Monday, August 1, 2011

Andainya Ini Ramadan Terakhir

Salam...

Tiba-tiba terfikir Andainya Ini Ramadan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya??

Masa kita kecik dahulu kita selalu diusik dengan orang tua " Sesiapa yang tak puasa tak boleh beraya". Tapi itulah kata-kata yang memberi dorongan untuk kita berpuasa kan. Walau waktu itu kita semua masih di sekolah rendah, kebanyakan anak melayu semua di latih untuk berpuasa.


5 Bonus Khas Ramadan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umat diberi lima pekara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadan iaitu:-

Bonus 1 :- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kesturi di sisi Allah.
Bonus 2 :- Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka
Bonus 3 :- Allah Memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hamba-ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kapadamu: (mereka sanggup bersusah payan di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat:
Bonus 4 :- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan
Bonus 5 :- Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)

Mengenai Bonus ke 5 ini, ada sahabat yang bertanya kepada baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : " Bukan, tetapi pelaku kebaikan aan disempurnakan pahala sesuai meyelesaikan amalnya (Riwayat Ahmad)

Pelaksanaan yang Menepati Sunnah


  • Memantapkan Niat
  • Melewatkan Makan Sahur
  • Meninggalkan Menipu, Percakapan Kotor dan Karut
  • Tidap Berlebihan dalam Berkumur
  • Tidak bercumbu dengan isteri
  • Menyegerakan Berbuka Puasa
  • Berpuasa dan Tidak Meninggal kan solat
  • Menghidupkan malam dengan Solat tarawih
  • Membayar Zakat

sumber dari: Solusi edisi khas