Friday, December 16, 2011

Hari ini dalam sejarah

Hari nie macam kelakar pula rasa.. dah la cuti tapi kakelina ajak teman pergi Temerloh jumpa Manager Tunas Manja sebab dia tak berapa okey dengan manager tu, yang kelakarnya kenapa ek ari nie ramai sangat orang marah-marah, mulanya dekat Tunas Manja sattle ke semua keja kami pun ade la membeli belah sikit barang time nak bayar budak yg jaga kuanter baya tu marah-marah rakan kerjanya sebab masuk rehat lambat, garang gile beria-ria dia marah dengan muka, mulut semuanya heheheh

Lepas tu kami pergi makan, yelah dah sampai temerloh mesti nak makan Ikan Patin kan, banyak kedai dh tutup dan xder makanan sebab dh pukul 4 masa tu, lambat gile lunch... redah jelah kedai mana-mana pun janji ader makanan kan, tengah-tengah makan perkeja kedai makan ader la tegur pelangan "kak nak tgk lauk" pelangan tu buat xtau je, boleh pekerja kedai tu marah.. suka hati org la nak masuk ke tak, sebab kedai banyak la, tu pun nak marah..

kali ke 3 pulak dah sampai kt Gambang kami ternampak pasar malam, so singgah la nampak menarik kan, ader la makcik mintak sedekah nie dengan selamba je letak Yasin dekat tangah jalan org dok lalu lalang, ader la sorang akak nie tegur, hey Yasin tu letak la atas berdosa letak situ, pengemis tu ngamuk terus amik tongkat dia nak pukul org yang lalu lalang kt situ hahahaha....

malang kan ramai sungguh orang marah2 ari nie... :)





















Menu hari nie, Ikan patin masak tempoyak.. tak oshem pun.. :)



Saturday, December 10, 2011

Andai...

Andai dia jodoh ku, kuatkanlah hati ku
,
 Andai dia teman sehidup semati ku kuatkanlah jiwa ku

 Andai dialah suami ku kelak kuatkanlah perasaanku 

Andai dia sememangnya diutuskan untuk menjadi pendampingku 

Engkau kekalkanlah hubungan ku ini..

 Semoga kami diijab kabulkan secepat mungkin.. 

Jika dia bukan jodohku kau tunjukanlah jln keluar.... amin...




Sunday, December 4, 2011

Review Ombak Rindu

Semalam baru je ader kesempatan nak tgk Ombak rindu..
Seminggu berjanji nak g nengok ramai-ramai last hampeh semuanya,.. yg menjadi cume ber3 je hehe

Niat nak booking je tiket tapi semunya full booking,
terpaksa la mangun tido pagi-pagi terus gerak cari tiket..
perhhh ramai gile manusia.. kena beratur tu.. dalam ati ader lg ke tiket, dh la kuanter bukak  je
Nasib dapat tiket pukul 2.40pm
tak sabar nie kwn-kwn ramai yg pesan bwk tisu 1 kotak yerr


Sy dah baca novel nie dh banyak kali la.. klu tak salah novel keluar tahun 2005, sbb ader tarikh sy beli kt novel tu hehehehe, dengan harapan movie nie sebijik segolek ngan novel. tapi banyak yg lain..


Kalau dalam FB & Twitter semua org dok bercerita pasal Ombak Rindu, 
okey komen dr saya..cerita nie MEMANG BEST, memang ramai la yang nangis mana yang berhati sensitif tu, betul org cakap kena bawak tisu 1 kotak.. tapi aku tak nangis pun... mengalir air mata jer hahahah, 


Suka time nie, Seyes wehh lakonan Aaron Aziz nie romantik sangat-sangat.. tersentuk hati bila tengok Aaron menangis....walau dia garang tapi berhati lembut, tak boleh hidup tanpa Izzah. Tapi rasanya macam tak sesuai la watak Maya nie... Kalau Fazura jadi Izzah mesti best kan..


sinopsis Ombak rindu (kredit to pakcik Google)
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Masa nie Hariz dah mula sayangkan Izzah


Perkahwinan paksa dr ibu Haris, kononnya dah berjanji sejak Haris dan Mila kecil lagi untuk menjodohkan diaorang nie. Lisa best pandai bawak watak garang. menjadi lah

Kesimpulannya rugi saper tak tengok Ombak Rindu, Akhirnya mereka bahagia dan Izzah mengandung anak Hariz, Hariz menceraikan Mila dan memilih Izzah untuk menjadi teman hidupnya.. Saper nak tengok Aaron Aziz menangis boleh la booking tiket sekarang yerr.....

Rating 4/5