Friday, December 16, 2011

Hari ini dalam sejarah

Hari nie macam kelakar pula rasa.. dah la cuti tapi kakelina ajak teman pergi Temerloh jumpa Manager Tunas Manja sebab dia tak berapa okey dengan manager tu, yang kelakarnya kenapa ek ari nie ramai sangat orang marah-marah, mulanya dekat Tunas Manja sattle ke semua keja kami pun ade la membeli belah sikit barang time nak bayar budak yg jaga kuanter baya tu marah-marah rakan kerjanya sebab masuk rehat lambat, garang gile beria-ria dia marah dengan muka, mulut semuanya heheheh

Lepas tu kami pergi makan, yelah dah sampai temerloh mesti nak makan Ikan Patin kan, banyak kedai dh tutup dan xder makanan sebab dh pukul 4 masa tu, lambat gile lunch... redah jelah kedai mana-mana pun janji ader makanan kan, tengah-tengah makan perkeja kedai makan ader la tegur pelangan "kak nak tgk lauk" pelangan tu buat xtau je, boleh pekerja kedai tu marah.. suka hati org la nak masuk ke tak, sebab kedai banyak la, tu pun nak marah..

kali ke 3 pulak dah sampai kt Gambang kami ternampak pasar malam, so singgah la nampak menarik kan, ader la makcik mintak sedekah nie dengan selamba je letak Yasin dekat tangah jalan org dok lalu lalang, ader la sorang akak nie tegur, hey Yasin tu letak la atas berdosa letak situ, pengemis tu ngamuk terus amik tongkat dia nak pukul org yang lalu lalang kt situ hahahaha....

malang kan ramai sungguh orang marah2 ari nie... :)





















Menu hari nie, Ikan patin masak tempoyak.. tak oshem pun.. :)



Saturday, December 10, 2011

Andai...

Andai dia jodoh ku, kuatkanlah hati ku
,
 Andai dia teman sehidup semati ku kuatkanlah jiwa ku

 Andai dialah suami ku kelak kuatkanlah perasaanku 

Andai dia sememangnya diutuskan untuk menjadi pendampingku 

Engkau kekalkanlah hubungan ku ini..

 Semoga kami diijab kabulkan secepat mungkin.. 

Jika dia bukan jodohku kau tunjukanlah jln keluar.... amin...




Sunday, December 4, 2011

Review Ombak Rindu

Semalam baru je ader kesempatan nak tgk Ombak rindu..
Seminggu berjanji nak g nengok ramai-ramai last hampeh semuanya,.. yg menjadi cume ber3 je hehe

Niat nak booking je tiket tapi semunya full booking,
terpaksa la mangun tido pagi-pagi terus gerak cari tiket..
perhhh ramai gile manusia.. kena beratur tu.. dalam ati ader lg ke tiket, dh la kuanter bukak  je
Nasib dapat tiket pukul 2.40pm
tak sabar nie kwn-kwn ramai yg pesan bwk tisu 1 kotak yerr


Sy dah baca novel nie dh banyak kali la.. klu tak salah novel keluar tahun 2005, sbb ader tarikh sy beli kt novel tu hehehehe, dengan harapan movie nie sebijik segolek ngan novel. tapi banyak yg lain..


Kalau dalam FB & Twitter semua org dok bercerita pasal Ombak Rindu, 
okey komen dr saya..cerita nie MEMANG BEST, memang ramai la yang nangis mana yang berhati sensitif tu, betul org cakap kena bawak tisu 1 kotak.. tapi aku tak nangis pun... mengalir air mata jer hahahah, 


Suka time nie, Seyes wehh lakonan Aaron Aziz nie romantik sangat-sangat.. tersentuk hati bila tengok Aaron menangis....walau dia garang tapi berhati lembut, tak boleh hidup tanpa Izzah. Tapi rasanya macam tak sesuai la watak Maya nie... Kalau Fazura jadi Izzah mesti best kan..


sinopsis Ombak rindu (kredit to pakcik Google)
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Masa nie Hariz dah mula sayangkan Izzah


Perkahwinan paksa dr ibu Haris, kononnya dah berjanji sejak Haris dan Mila kecil lagi untuk menjodohkan diaorang nie. Lisa best pandai bawak watak garang. menjadi lah

Kesimpulannya rugi saper tak tengok Ombak Rindu, Akhirnya mereka bahagia dan Izzah mengandung anak Hariz, Hariz menceraikan Mila dan memilih Izzah untuk menjadi teman hidupnya.. Saper nak tengok Aaron Aziz menangis boleh la booking tiket sekarang yerr.....

Rating 4/5

Thursday, November 24, 2011

Abang dan Adik

Surat untuk Abg dari Adik




Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku




*tiba-tiba menitis air mata baca kisah nie... sy ader abg yg seorg..sy syg abg sy.. walau kami kdang kala bagai anjing dgn kucing hehe


kredit to : himpunan kisah sedih

Monday, November 21, 2011

Tak Puas Hati ek

Tau ader org tak puas hati ngan sy.. 
tapi yang bestnya dia luahkan kt atas bonet kereta org, 
than org tu bg tau sy ader tulisan tentang sy atas bonet kereta dia
aik wtf... aper hal nak tulis atas kereta org
bukan aku boleh baca pun, tak kan hari-hari nak g telek kereta org,

kalau rasa nak cakap atau nak tanya aper-apa yang tak puas hati sila kan,
just inbox true FB, chat FB, email, sms, YM 
adoiii macam-macam cara lah...

Macam zaman skolah pulak, tak puas heti je tulis atas meja or
selit surat bawah buku.. ader lg ek zaman skang cm tu,
rasanya macam tau saper yang menulis tu,

patut la org ramai panggil dia tak matang.. rupanya memang betul
tulis la nak tulis aper pun
ado aku kisah ke, aku pun tak baca aper yg kau tulis hahaha

okey lah saja jer nie nak luahkan perasaan..

malam nie jangan lupa tengok bola Malaysia lwn Indonesia

harap-harap Malaysia Juara ^__^

Friday, November 11, 2011

Rindu

Maafkan aku tak seperti yang kamu inginkan
Melepaskan mu saat kau memerlukan
Hapuskan hiba dihadapanku
Ku masih menanti kehadiranmu




Sedap jugak suara Kilafairy nie pandai menyanyi rupanya ^__^




Thursday, November 10, 2011

Nak tau tak kenapa sy lambat kawin???

Ramai org tanya bila nak kawin.. bila nak kawin...
Tgk kawan awk dh nak dapat anak pun (stress jugak la  aku dibuatnya)

Now dh jumpa segala jawapan utk segala persoalan hehe

Kenapa Lambat Kawin?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku


Dah berpunya ker??
Ya, Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing


Siapa?
Nanti Allah akan memperkenalkan kepadaku


Bila??
Bila kami dah dipertemukan Insyallah akan dijemput ke walimatul Urus kami nanti........




Janganlah selalu bertanya bila org itu nak kawin atau sebaliknya, 
Kerana semuanya rahsia dan terletak di tangan ALLAH
Sampai masanya ALLAH akan membongkarkan nya juga.




Kadang-kadang rasa sedih kenapa org tak faham aper yang kita rasa,,
Petikan diatas aku copy dr luahan hati seseorg, sedih membacanya..
Sama-samalah kita menjaga hati kawan-kawan kita ok...



Kalau g mall memang org ckp mudak nie anak sy hehe....




Friday, October 28, 2011

Ombak RIndu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

*... nampaknya kena baca semula la novel Ombak Rindu, coz macam dh terlupa jalan cerita dia hehehe

Monday, October 17, 2011

Mc'd Quanter Pounder with Cheese















Lama gile tak makan Mcd, 

jangan kata Mcd semua fast food la sejak tgk video KFC terlampau tu

kali nie pejam mata dan pekakkan telingan nak jugak makan mc'd ermm sedapnya...

Mari kita ramai-ramai print coupon nie.. murah skit berbaloi-baloiiii....

(((^__^)))


Friday, October 14, 2011

ermmm

Tiba-tiba diri ini disalahkan... redha jelah 

Hadapi dengan senyuman... ^__^

Thursday, October 13, 2011

VCO Catalys

Haii semua.. ari nie ayu nak kongsi tentang Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara)

Apa itu minyak kelapa dara

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepualauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli aslinya.Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.



Kebaikan VCO


Untuk kegunaan luaran : 
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri




Hari pertama cuba, malam sapu pada jerawat bangun je pagi jerawat dah kecut, capat sgt kesan dia,
segar je badan bangun pagi, memang best la,

saper nak cuba boleh la call saya 
 idayu 0129681054

1 kotak RM 40






Tuesday, October 11, 2011

Falling In Love

Bila tengok video clip Siti Nurhaliza album terbaru English macam best pulak,
siap buat kat Pavillion KL tu, ramai jugak peminat yang tgk,
Jom kita tgk sama-sama Video Clip Falling In Love at Pavillion KL

Layannnn...........

Friday, October 7, 2011

Penipu rupanya ~_~

Salam Jumaat semua..

Hari nie FB mengom skit tak tau kenapa xleh bukak, kalau bukak dia keras tak bergerak-gerak,
lunch tadi balik rumah, Lepas makan dh kenyang layan FB jap, bukak je terkejut sangat-sangat ader la owner blogshop yang jual tudung Radiusite, dia post kt wall dia tentang seorg penipu, macam tak percaya


Baca la Ika post kt wall dia, macam tak caya sy kenal dia nie, rumah dia dekat je ngan rumah nenek sy, Ishh macam tak caya jelah, bila baca komen-komen mmg ramai yang kena tipu... Rasanya dia nie jual tudung jugak, ermmm kawan-kawan hati-hati la sengan customer yang menipu, kita yang nak beli pun kena hati-hati yelah on9 kan bukak kita kenal org yg jual barang tu, baik beli dengan org yg kita kenal kan..kan...

Harap DIA insaf la lepas nie, Luaran baik sgt2 tak sangka cm nie jadinya.
Maaf saya hanya ingin kongsi, tak nak ramai lg yang tertipu

Thursday, October 6, 2011

Rindu tak???

Mari hayati Drama pendek nie...


Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya . Mksudnya tak paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spea menang .
Gf : Okay !

Esoknya , si Gf terpksa lah than rindu dkat Bf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat ruma Bf dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .
Surat yng bertulis :

Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you ♥







--> sedihkan, ermm lain kali klu gaduh or aper2 lah jgn diamkan diri xnak call or sms, bila dh jadi cm nie menyesal tak sudah...

Meh kita tgk ORI kah henpon kita

Fuhhhh berkurun tak bukak belog, penyakit M datang,
tulis malas bukak dan baca lagi la malas heheheh....

Jom kita cek HP kita ORI ke tak.


Sila tiap kt henpon *#06#
Lepas tu akan keluar no
cth: 351964033726565

So kita tgk kedudukan yg ke 7 dan 8 ----> 03

Semak ori atau tak henpon anda :
02 or 20 : Made in China = Low Quality
08 or 80 : Made in Germany =  Fair Quality
01 or 10 : Made in Finland = Very Good
00 or 03 or 04 : Dari kilang asal Handphone = The Best Quality
13 : Made in Azerbaijan = Very Bad Quality  & Dangerous For Health




Uhhhh henpon Nokia 5730 ----> 03
patut la still okey walau slalu cium lantai The Best Quality rupanya  ^____^

Sunday, September 4, 2011

Setiap Wanita Itu Cantik


Kepada Wanita Cantik ......

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 

"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata si ibu kepada anaknya.. 

"Aku tidak mengerti", kata anak itu. 

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
" Dan kau tak akan pernah mengerti" 

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" 

"Semua wanita menangis tanpa alasan", 

hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. 

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
 

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:

" Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ".

 "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu ".
" Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan, atau bila mana ia menyisirkan rambutnya."
 "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."