Sunday, December 4, 2011

Review Ombak Rindu

Semalam baru je ader kesempatan nak tgk Ombak rindu..
Seminggu berjanji nak g nengok ramai-ramai last hampeh semuanya,.. yg menjadi cume ber3 je hehe

Niat nak booking je tiket tapi semunya full booking,
terpaksa la mangun tido pagi-pagi terus gerak cari tiket..
perhhh ramai gile manusia.. kena beratur tu.. dalam ati ader lg ke tiket, dh la kuanter bukak  je
Nasib dapat tiket pukul 2.40pm
tak sabar nie kwn-kwn ramai yg pesan bwk tisu 1 kotak yerr


Sy dah baca novel nie dh banyak kali la.. klu tak salah novel keluar tahun 2005, sbb ader tarikh sy beli kt novel tu hehehehe, dengan harapan movie nie sebijik segolek ngan novel. tapi banyak yg lain..


Kalau dalam FB & Twitter semua org dok bercerita pasal Ombak Rindu, 
okey komen dr saya..cerita nie MEMANG BEST, memang ramai la yang nangis mana yang berhati sensitif tu, betul org cakap kena bawak tisu 1 kotak.. tapi aku tak nangis pun... mengalir air mata jer hahahah, 


Suka time nie, Seyes wehh lakonan Aaron Aziz nie romantik sangat-sangat.. tersentuk hati bila tengok Aaron menangis....walau dia garang tapi berhati lembut, tak boleh hidup tanpa Izzah. Tapi rasanya macam tak sesuai la watak Maya nie... Kalau Fazura jadi Izzah mesti best kan..


sinopsis Ombak rindu (kredit to pakcik Google)
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Masa nie Hariz dah mula sayangkan Izzah


Perkahwinan paksa dr ibu Haris, kononnya dah berjanji sejak Haris dan Mila kecil lagi untuk menjodohkan diaorang nie. Lisa best pandai bawak watak garang. menjadi lah

Kesimpulannya rugi saper tak tengok Ombak Rindu, Akhirnya mereka bahagia dan Izzah mengandung anak Hariz, Hariz menceraikan Mila dan memilih Izzah untuk menjadi teman hidupnya.. Saper nak tengok Aaron Aziz menangis boleh la booking tiket sekarang yerr.....

Rating 4/5

No comments:

Post a Comment