Monday, May 30, 2011

Serabut

Serabut gile ngan seorang minah nie
Suka sangat campur aduk kan masalah peribadi ngan keja
Datang ofis mula la nk keluar cerita sedih dia, mula-mula kesian lama-lama menyampah
Sebab ceritanya banyak yang menipu dr yang betul.

Yang bestnya dia datang keja pukul 11am blk pukul 1pm
Kami semua diam je xder pun nak ngadu-ngadu kat bos
Bila time kita ader hal blk awal mula lah nak ngadu,... adoiii base kaki ngandu tul lah

Skang semua org tak suka dia.. kesian jgak tapi
Dia sendiri yang buat diri dia macam tu...
Tak per lah kita tgk dan lihat ader kesudahan lakonan dia tu heheheh


pic masa kenduri akikah Faiq

Tuesday, May 17, 2011

Bos ohh Bos...

Still tak faham aper yang bos nak,...

Ari tu sibuk mintak transfer ke KL, aku tak nak..xper aper choice lain

Boss cakap project Maxis akan masuk nak pakai ramai org, (ermmm tak nak)

Bila fikir-fikir terima jelah Maxis kalau tak terpaksa la aku cr keja lain... dah nekad nak terima nie, bos pun

dah janji macam-macam

Tadi masuk je ofis ader la dengar-dengar org berckp.. Ayu, awk xper la bos ckp tak payah pergi Maxis...

WTF.. asal aku tau dr mulut org...mencikkkkk....................

Boss ader call suruh forward Resume, coz dia nak pas kan kt org Maxis rasanya... tapi dia ckp Ayu, U punya

tak payah sebab tak URGENT... moleh cm tu...aku tanya kenapa macam-macam alasan dia bagi

~ I tau U tak suka keja dekat MAXIS kan
~ I dengar suara U pun I dah tau U tak nak

ermmmmm nampak macam dia yang sayang nak lepaskan aku..ke aper.... errrrr tak faham tul lah,... ader aku

berenti keja nie

Friday, May 13, 2011

That's Awesome


Cuba tgk photo kt atas tu macam sama kan... awesome, 

sy dapat pun dari FB ader kwn share... macam ader pesamaan pulak dengan cerita Cenderella kan

Tapi cam kelakar pulak kan...boleh pulak kebetulan sama.. or dah edit ke xtau lah pulak...

Sy just nak share je ngan korang semua heheheh.....

Nota : Sila Komen okey

Flu~~~


arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak suka la..

Now rasa cm nak cabut hidung buang dalam sungai... susah nak nafas seksa gila rasa

Selesema + Batuk = Demam

Now baru selesema dan batuk skit-skit jer..gatal tekak je lebih.. tapi badan dah tak sedap

tak nak demam sakit badan kalau demam... pergiiiii jangan dekat..........

tak suka..............   

Cuaca panas sgt skang nie, tambah plak stress keja sebab tu lah jadi cm nie....

dah nasib badan nak buat cm mana kan hehehehehhehe

okey lah nak tido sudah kepala sudah TinG TOnG sudah....

nite sweety  ^_^

Thursday, May 12, 2011

Apakah yang terbaik

Aku yang bingung sekarang nie..Bos tak abis-abis call tanya nak transfer atau tak...

Ada 2 pilihan skang Maxis or HQ

esok keputusan akan di buat.... apakah yang patut aku pilih...

YaAllah berikanlah petunjuk yang mana terbaik buat aku....

Tunggu jelah yerrr...nanti sy update yg mana jadi pilihan hati


Bakal tempat keja baru ~_^





Monday, May 9, 2011

Nur Kadih The Movie 19 Mei 2011


Dulu drama now filem... masa drama pun dah ramai yang sayang nak tggal tv,
nie filem wahhhh boleh pecah panggung nie...
pasti akan tgk Filem Nur Kasih..

Mari kita layan trailer Filem Nur Kasih


Berita Sedih

Salam...

Sejak arwah toki pergi meningal kan kami, rasa macam lama dah tak dengar berita sedih..
cuma baru-baru nie je dapat berita Arwah Dekman meninggal dunia sebab kemalangan

now Ayahcik call bg tau aki masuk hospital, Aki kena stroke kecil.. tah sy pun tak faham cam mana
semalam dah pergi melawat now aki kat wad ICU Hospital Specialist Kuantan.,...

Sedihnya tengok aki kena ikat tangan sebab dia nak tak duduk diam, nak cabut jarum kat tangan,
malam tadi pembedahan di jalan sebab nak buang darah beku dalam otak....

Tadi pergi lagi melawat aki, now aki dah okey boleh tido...... still lagi kt wad ICU, makteh (Doktor) cakap jantung aki terlalu laju... aper la pulak masalahnya ermmmm......

Semoga segalanya berjalan lancar dan Aki cepat-cepat sihat....

Doakan aki sy sihat seperti sedia kala.... Amin

Hari Ibu


Salam Semua....

Hari nie 8 May 2011, adalah hari ibu sedunia...
Selamat Hari Ibu ma, kawan-kawan yang sudah bergelar ibu, bakal-bakal ibu dan juga smua ibu-ibu di dunia nie....

  • Ma adalah ratu hati ini
  • Ma adalah best friends sampai akhir hayat
  • Ma kau lah teman di kala suka dan duka
  • dan juga teman bergaduh ~_^
  • Kau adalah segalanya cukup sempurna dalam hidup nie.. tanpa mu hidup ini tak bermakna

Sayang Ma sangat-sangat



Hayatilah Video nie... hargailah ibu yang melahirkan kita.. Tanpa ibu tiada lah kita di dunia...

Rasanya belum terlambat tuk ucapkan Selamat Hari Jadi Affan 5tahun
kejap je apan dah besar..jgn nakal-nakal tau


Baby Twin Affan & Arwah Afnan ( 1 hari)


Now Affan bersama Ibunya

Affan pula meninggal dunia setelah 5hari je dapat menikmati hidup di dunia kerana sakit Kuning... Al-Fatihah buat Arwah Affnan... Semoga aman di sana





Tuesday, May 3, 2011

Jom Diet

Mari-mari nak bg tau brapa jumlah kalori makanan kita hari-hari






Wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki 2000-2500 kalori sehari. Setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul akan menaikkan 1kg berat badan anda. Dalam tempoh anda mengambil produk Litchin De Bella, anda disarankan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan. Jadi di bawah ni, saya senaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.
Kategori: Kuih Muih
1.Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160kalori
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
P/S : Patut la demuk malam-malam mkn berat heheheh..... moh la kita diet sama-sama yerrr

Aku Bingung!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semalam sabtu bos pagi-pagi sms ajak jumpa kt ofis... dalam fikiran sebab aper tiba-tiba nak jumpa..cm ader hal penting je... nak tanya pasal Trainer yang sengal tu ke.. Sebab agak kecoh la pasal si Trainer tu buat hal ms event Dugro kt Terenganu....

Tiba masanya jumpa bos pukul 10.30pagi kt Ofis, Bos cm biasa senyum jerr... macam xder aper-aper je, cuma dia cakap aduiiii Event kt Terengganu kena complain la. I nak bukak email nak balas aper yang kena complain.
(Dalam ati tu je sbb nak jumpa) Aku ngan Kakelina pelik la.. dia xnak jumpa Kakelina cuma nak jumpa aku, dia ckp ptg br nak jumpa Kakelina.. adoiii motif????

Aku naik je atas terus ngan muka tak malu dok depan meja Bos, dia cuma tnya okey ke keja tu je..
lama br dia tanya cm nie~~

MC : Ayu why u tak nak keja kt HQ??
Aku :Tak nak lah, tak best
MC : Lorr kenapa.. ader Cyndy call kan, terima jelah
Aku : Ala sy tak tahan la nanti hari-hari kena jerit, tak suka la
MC : Sy pun kena jerit aper bising 1 office dengar... Kenapa claim lambat hantar, sy jawab je yelah sorry lambat, U jawab okey je aper yang dia cakap
Aku : Diam je dah xtau nak jawab aper............
MC : Ala terima jelah,  Peluang cerah kalau U kt HQ, Cyndy ader bg tau tau pakej bila transfer kr HQ
Aku : Tak der cakap aper pun. Sy pun terkejut yelah tiba-tiba jer, dah la pagi call marah-marah, bila tghari call baik gile rupanya nk mintak transfer....... dah la nak tau terus keputusan, mana bleh.
MC : Mana bleh suruh transfer tak bg tau pakej.. xper la nti I plan kan untuk U yerr.... Kalau U keja kt HQ bleh hari-hari I tgk U
Aku : Senyum kambing hehehehehhe (Dalam ati gatal kn nk tgk aku)


Lepas tu bos sibuk tnya pasal perangai Trainer dia tu... aku malas nak layan lorrrr,, jawab okey jelah malas nak campur hal org

So skang adakah aku pergi keja kt HQ atau cari keja lain~~~ now dalam dilema

Cyndy nak aku jadi team dia Admin (kompom tak best) ~ At HQ eary June start

MC cakap mayb Maxis Centre nak guna org under compny kita jugak.. yang tak bestnya kejanya adalah buat sales (bos ckp jauh dr bidang U) ~ At Kuantan

MC akan usahakan masuk kan aku ke Recuritment Dept under Kakemmy (Ida ckp cm best bleh main FB masa keja) ~ At HQ

Aku tak tau yang mana nak... sayangnya kt team EC.... byk dah kenangan bersama suka dan duka........


Tak tau nak pilih yang mana.... tolong lah................... kena jadi cam nie sedih tul


Dalam fikiran nie macam-macam ader... kalau berenti keja mesti rindu kt bos yang baik macam MC
Rindu kt Team EC, dialah kawan dan dialah musuh
Rasa nak nangis puas-puas, baru la boleh buat keputusan yang tepat..

So skang waiting call from Bos,......