Monday, April 25, 2011

i'm Lazy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Mood sangat-sangat la MALAS............
Malas sama je macam En Garfield

  • MALAS sebab esok Monday Blusss
  • Keja yang sangat-sangat la banyak 
  • Nak kena bagi keputusan transfer
  • Mengadap semua org-org kt ofis ermmmm
  • Nak kena buat request item (mesti kena marah)
  • i don't know what's happening to me..... it's like my brain dosen't function anymore!!!!!!


Good created each day to be beautiful but,
Friday are more beautiful than Monday


Saturday, April 23, 2011

Kenapa saya..............................

Haiiii semua... pening kepala la... semalam dapat call dr HQ, dapat berita paling menakutkan...
Cyndy call dia bg tau cm nie.. " ayu u kena tranfer ke HQ very soon, mayb u can start early May...
OMG... terketar tangan pegang hp... xnak la keja ngan dia, tak sanggup nak mengadap muka dia hari-hari...

Cepat-capat call kakelina, bg tau dia berita tak best tu... dengan lajunya air mata aku mencurah bagaikan hujan lebat... kakelina menjerit jgn pergiii.......... :(


Tapi kena bos tak der pun cakap apa-apa pasal kes transfer nie.. ke dia xnak aku serba salah...
kalau aku terima aper akan jadi kt EC.. alahai sayangnya nak tggal team EC... boleh ke aku keja ngan dia???
kenapa aku yg dia pilih??? bukan ke dia xsuka aku... adoiiii pening kepala wehh nk fikir... dalam kepala memang tak g sana, tak suka nak mengadap muka-muka yang aku tak suka... arrrhhhhhhhhhhhhhh stresssssss

Tadi saja suruh kakelina sms bos, betul ke ayu kena transfer kt HQ, boleh bos jawab.. yer kenapa elina takut ke... Mengchai kenapa tak bg tau saya sendiri... tolonglah sy nak pergi.
pagi-pagi lagi Cyndy dah call tanya keputusan aku nak keja kt HQ atau tak, aku jawab tak nak.. dia still tak puas hati dan suruh aku fikir lagi....... 

Ermmm keputusan aku memang dh muktamat, aku tak nak keja kt HQ, sebab tak sanggup nak berdepan dengan makcik-makcik yang garang macam singa.... xper la kalau terpaksa cr keja lain pun. sy tak kisah :(
Kenapa yerr dalam ramai-ramai aku yang kena transfer...dah la malas nk fikir lg... keputusan nya tak nak..tak nak...tak nak..tak nak....

sedang bingung....

okey lorrr mau tido sudah... mata sudah berat nie, mari kita tidooo....
selamat berhujung minggu kawan-kawan...



Good Night ^_^

Wednesday, April 20, 2011

Nak tanya boleh tak???

Susah tul lah keja dengan org yang suka marah-marah nie
tanya kena marah bila tak tanya lagi la marah..
tak faham tul lah... patut la semua org tak suka dia... 
cam nie lah kalau keja ngan berlainan kaum... tau nak jerit je
kau tak tau marah aku cm mana huh!!!!!!!!!!


Kalau sy salah ckp elok-elok tak payah nak tengking-tengking..
nak hempas fon...
adoiiiii memang la minah nie emo tak pasal2
tak boleh salah sikit, baru exec kalau jadi manager cm mana tah lagak dia kan...
mula-mula boleh la sabo..... lama-lama hangin la jugak kan...
ermmmm dah nasib badan..........................................
sakit ati :(
rasa nak tengking.. woiii aku tanya jelah @#$%^&**


~~ sorry la saja nak luahkan sakit ati....... kalau pendam makan diri plop hehehehehe

Friday, April 8, 2011

Telepon...Telepon berbunyi

Henpon oh Henpon


cer tgk perasan tak aper yang telah tejah kt myhp...

cetanya cm nie hehehe
sebab terlalu sibuk ngan keja (padahal cuai)..
tengah-tengah berckp fon nk pergi basuh tangan, tanpa di sedari henpon terjatuh..
kesian gile rasa nak nangis tgk tepi dh terkopak skit...

pergi la kedai kawan tanya dia berapa kalau nak baiki. dia cakap dalam rm80,
susah nie nak baiki.. ala beli baru jelah.. 
ermmm sayangnya nak beli baru..
so tak la baiki lagi still guna walaupun terkopak tepi tu,
guna dengan kasih sayang :)

Semalam keja banyak tak perasan masuk kan henpon dalam poket jeans,,,
bila tarik je yg terkopak yang terkopak tu tersangkut OMG...
makin besar dia kangkang... rasa nak marah kt diri sendiri jer...
cuai la aku nie adoiiiii.........

nampaknya nak kena jugak baiki henpon nie... tak nak jual sebab bukan sy yang beli henpon nie
tak kan nak jual kan.. guna jelah
kalau ader rezeki beli yang lain still jugak guna henpon merah nie ^__^


tengak makin besar kan... dah tak dapat di selamatkan lagi


Sedih


nie la dia minah cuai... *sila hargai harta sediri yerrr




Pelengkap Hidupku


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


Kaulah pelengkap hidupku...

Miss arwah Tok, Toki, maklong semoga aman d


Wednesday, April 6, 2011

Kesilapan ketika bercinta

Kadang-kadang masa bercinta kita tak sedar yang kita telah membuat kesilapan... :)

1. Bercinta kerana harta
    ~ Tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta tapi tanpa rasa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat boleh di perolehi setiap saat, tetapi cinta dari hati tidak boleh di beli dengan harta.

2. Bercita kerana perasaan asmara
    ~ Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah erti sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara boleh cepat berubah oleh rupa, harta dan tempat keadaan. Asmara itu buta. Tidak tahan lama dan tidak tahan di uji. Cinta perlu di uji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Bercinta kerana desakan usia
    ~ Bila usia sudah menjelang senja dan rakan - rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah (terutama wanita). Akhirnya asal ada saja yang datang kamu terima tanpa memikirkan fakto - faktor yang lain. hindarlah tindakan begitu, Tawakal dan yakin lah bahawa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. jadi usahalah untuk mencarinya.

4. Bercinta untuk membalas jasa
   ~ Orang yang telah berbuat baik perlu di balas budinya, tapi jagan dengan cinta. harus sentiasa ingat. jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan. Dari mengundang derita lebih baik mengelaknya. Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk menbalas budinya.

5. Jangan menikah kerana paksaan keluarga
   ~ Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal menikah. Kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, Jangan dengan kekerasan.

 
   

Tuesday, April 5, 2011

Faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Friday, April 1, 2011

Keja + Penat + stress = Sakit kepala


Adoiiiii bangun je pagi nk g keja tiba rasa kepala berat...
Kenapa nie!!!!! sakit kepala wehhhh
sebelah kanan je, jadi sy pun sambung tido semula walaupun waktu dh pukul 9pg
lantak la nk kena marah pun peduli aper kan heheheh



Pukul 9.30 gagah kan diri bagun jugak pergi mandi,
still sama tak hilang jugak sakit... Masa tengah bersiap makin sakin kelapa nie,
nampaknya kena jmpa jugak Puan Doktor.
Keluar je bilik si kenet dh tggu sibuk nak ikut, kata nya nak roti canai.
sampai je kat klinik Tina buat perangai tak nak masuk klink..hahahha fobia tgk klinik..

Doktor ckp: kamu nie stress la Ayu.. tulah keja kuat sgt..ke fikir aper ha
Aku: ishhh Doktor mana ader fikir aper-aper... sy banyak keja skang nie..buat keja pun nak kena cepat je
Doktor : Ha bagus la buat je sampai kesihatan terabaikan..kan... ishhh awk nie... (sambil senyum)
Aku: senyum kembali
Doktor: Macam mana nie awk nak MC tak?????
Aku: Eh........... tak yah lah.. sy banyak keja nak kena siap kan nie... xper sy rehat lepas siap keja (sambil senyum)
Doktor: Tak pernah jumpa org tak nak MC... okey pergi ambil ubat...
Aku : Terima Kasih Doktor Sakinah (senyum Lebor)


Ermmmm memang la skang nie agak stress.. keja banyak semua main ngan nombor dah la kecik-kecik..
berpinar mata tau..bleh juling mata nie ermmmm... nak buat cm mana kan mencari rezeki cm tu  lah
dah nama pun kuli hehehehe

Hari nie masuk ofis kul10 pagi..
makan roti, lepas tu makan la ubat-ubat... gile tak berkesan wehhh..
terpaksa la mkn lg ubat migrine tu 2 biji.. wahhh br la lega skit kepala nie
dah la makan ubat tak makan nasi.
mula la gastrik pula datang...
ngada-ngada tul badan nie..............
time org banyak keja la dia nk meragam kan..time dok releks tak nak lak dia buat hal...
adoiiii dugaan tulllllllllll



P/S : Perempuan tua sila jangan cari pasal atau merintah sy semasa sy sakit kepala kalau tak nak kena marah ^__^

Hari Sabtu~~~~

Haiiii korang.........
Sabtu lepas bosan g kenduri umah linda abg dia kawin,
balik dr kenduri ma ajak g bandar adik bosan nak gi jalan-jalan
sambil-sambil nak cari baju tuk bufday Nur Ain Kartina 3tahun.
Cuaca tak berapa okey sangat macam nak hujan jer...gelap semacam jerrr....
tapi tak hujan pun, mula tu kita org pergi The Store Kuantan Perade, 
nak cari baju Tina ngan barang baby,
agak ramai la manusia dop sopim-sopim barang tuk anak masing-masing..yelah dah gaji kan
comel-comel baju baby.. nak semua moleh ker...


Bufday Girl Nur Ain Kartina


Kenduri Rumah Linda


Balik je dari umah linda terus siap-siap gi jalan pulak...

The Store Kuantan Perade


Adik ~~~ Lynn



Aktiviti mencari baju untuk Tina.. Akhirnya baju kt patung, dan yg 2 kat atas,


Kat Taman Gelora gerai Rojak ayam..
bosan tggu makanan


Senyap bila dapat makan... tiba-tiba kami terdengar jeritan manusia... Apakah yg kami nampak 
cer teka..cerrr teka... jeng..jeng....


Cepat la tgk gambar aper tu.. sila abaikan wanita itu yerrr....
itu ialah BIAWAK besar sangat...
geli wehhh,,, korang kalau nak g sana sila pandang-pandang yerrr....
jangan main terjah jer... klu tak takut or tak geli ngan biawak xper la.. tak kisah pun...

Malam pulak


malamnya g jalan-jalan TC dan depan Hospital..
penat seharian berjalan ^_^