Wednesday, April 6, 2011

Kesilapan ketika bercinta

Kadang-kadang masa bercinta kita tak sedar yang kita telah membuat kesilapan... :)

1. Bercinta kerana harta
    ~ Tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta tapi tanpa rasa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat boleh di perolehi setiap saat, tetapi cinta dari hati tidak boleh di beli dengan harta.

2. Bercita kerana perasaan asmara
    ~ Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah erti sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara boleh cepat berubah oleh rupa, harta dan tempat keadaan. Asmara itu buta. Tidak tahan lama dan tidak tahan di uji. Cinta perlu di uji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Bercinta kerana desakan usia
    ~ Bila usia sudah menjelang senja dan rakan - rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah (terutama wanita). Akhirnya asal ada saja yang datang kamu terima tanpa memikirkan fakto - faktor yang lain. hindarlah tindakan begitu, Tawakal dan yakin lah bahawa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. jadi usahalah untuk mencarinya.

4. Bercinta untuk membalas jasa
   ~ Orang yang telah berbuat baik perlu di balas budinya, tapi jagan dengan cinta. harus sentiasa ingat. jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan. Dari mengundang derita lebih baik mengelaknya. Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk menbalas budinya.

5. Jangan menikah kerana paksaan keluarga
   ~ Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal menikah. Kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, Jangan dengan kekerasan.

 
   

No comments:

Post a Comment