Monday, August 1, 2011

Andainya Ini Ramadan Terakhir

Salam...

Tiba-tiba terfikir Andainya Ini Ramadan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya??

Masa kita kecik dahulu kita selalu diusik dengan orang tua " Sesiapa yang tak puasa tak boleh beraya". Tapi itulah kata-kata yang memberi dorongan untuk kita berpuasa kan. Walau waktu itu kita semua masih di sekolah rendah, kebanyakan anak melayu semua di latih untuk berpuasa.


5 Bonus Khas Ramadan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umat diberi lima pekara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadan iaitu:-

Bonus 1 :- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kesturi di sisi Allah.
Bonus 2 :- Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka
Bonus 3 :- Allah Memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hamba-ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kapadamu: (mereka sanggup bersusah payan di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat:
Bonus 4 :- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan
Bonus 5 :- Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)

Mengenai Bonus ke 5 ini, ada sahabat yang bertanya kepada baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : " Bukan, tetapi pelaku kebaikan aan disempurnakan pahala sesuai meyelesaikan amalnya (Riwayat Ahmad)

Pelaksanaan yang Menepati Sunnah


  • Memantapkan Niat
  • Melewatkan Makan Sahur
  • Meninggalkan Menipu, Percakapan Kotor dan Karut
  • Tidap Berlebihan dalam Berkumur
  • Tidak bercumbu dengan isteri
  • Menyegerakan Berbuka Puasa
  • Berpuasa dan Tidak Meninggal kan solat
  • Menghidupkan malam dengan Solat tarawih
  • Membayar Zakat

sumber dari: Solusi edisi khas



No comments:

Post a Comment